Monday 26 March 2012

#6 Cerita Aku

3 Kritikan


Dalam perjalanan tanpa hala tuju itu, gua hanya memerhatikan jalan jalan dan kenderaan kenderaan yang berada di atas jalan itu sahaja. Sungguh pantas kenderaan kenderaan itu bergerak. Kelihatan pada masa itu semua kenderaan sedang kelewatan untuk ke tempat kerja. Gua yang terasa giler bosan itu cuba memulakan perbualan dengan Farid.

"Weyh, kite nak pergi mane nie"? Gua memulakan pertanyaan.

"Entah la, aku pun tak tahu nak pergi mane. Nak lepak Pavi nanti meluat pulak aku tengah budak budak bodoh dengan pakaian pakaian bodoh diorang tu. Kalo la aku boley lempang sorang sorang, dah lame aku buat. Hahahahahaaa". Ikhlas kutukan yang Farid berikan.

"Betul gak tu, budaya sesat. Siap ngan sayap sayap lagi tu. Fesyen dah macam ape entah, dah sesat sangat tu aku tengok. Menyirap giler. Dah tu nak lepak mane je"? Gua memberikan persoalan lagi.

Suasana di dalam kereta terdiam seketika. Radio yang sedang mendendangkan lagu Kosong dari Najwa Latif turut menjadi perlahan seperti memahami situasi yang sedang dihadapi. Saat itu juga la fikiran gua menjadi kosong kerana perjalanan tanpa hala tuju memang tidak menarik bersama seorang lagi lelaki tanpa kehadiran perempuan. Kelihatan seperti pasangan gay sahaja berduaan di dalam kereta ketika itu. Celaka sungguh.

Tiba tiba langit yang kelihatan cerah tadi mula menjadi gelap gelita menunjukkan hujan akan turun dalam mase terdekat. Mengikut perkiraan gua, kemungkinan besar hujan akan turun dengan lebat selebatnye dalam mase tiga minit lagi. Seperti yang gua jangkakan, hujan mulai turun selepas tiga minit kemudian dan keadaan jalan mule menjadi kabur dan tidak jelas.

Farid yang pada mula nyer membawa kereta dengan laju, terpaksa memperlahankan kenderaan suzuki swift milik bapa nyer itu. Dikhuatiri jika terbabit dengan kemalangan, dia akan disepak sepak dan dilempang lempang oleh ayah beliau yang terkenal dengan sikap tegas nyer itu. Itulah balasan jika tidak mahu mendengar nasihat orang tua supaya berhati hati ketika memandu.

"Jom makan, aku lapar giler la. Pagi tadi lupa lunch. Rumah aku pagi tadi tak ade sesiapa, sume keluar. Tu pasal aku ajak kau keluar nie. Bosan duduk umah sorang sorang tadi". Farid berkata kata.

"Aku okey je, tapi kalo la kau belanja aku makan, aku lagi lagi la okey. Heheheheheee". Gua mula memancing kawan gua supaya membelanja gua.

"Tak de hal la. Member punya pasal, aku belanja kau la kali nie. Lagipun bukan selalu kite lepak same kan. Minggu depan masing masing dah start nak masuk U balik. Kau dekat Johor, aku lak dekat Shah Alam". Farid menjelaskan dengan panjang lebar.

Farid telah mengingatkan gua tentang U gua yang telah memperuntukkan sekurang kurang nyer lapan assignment untuk dihantar pada hari pertama kuliah bermula. Mengingati assignment assignment itu membuatkan gua punye punggung gatal gatal kerana sejak berada di rumah seminggu yang lalu, gua tidak  pernah langsung melihat assignment assignment itu. Lihat pun tidak, apatah lagi untuk membuat nyer. Memang tidak akan siap la assignment assignment itu.

Ketika sampai di Restoran Kamil, kelihatan dua orang perempuan kebasahan sedang berlindung di bawah bumbung Restoran Kamil. Kedua dua nyer free hair dan mempunyai body yang menarik juga. Gua yang melihat mereka dari arah belakang turut merase tertarik.

"Farid Farid, kau tengok perempuan kat dalam tu, body boley tahan kan. Dua orang lak tu. Jom ajak makan, mane tau ley dapat nombor telefon lepas nie". Gua memberikan cadangan kepada Farid.

"Betul gak, tadi aku dah usha kejap. Boley tahan gak muke diorang. Jom la ajak diorang makan sama sekali". Farid turut mengiyakan cadangan gua.

Lantas, kami berdua turun dan menghampiri perempuan perempuan itu

*****

Friday 2 March 2012

#5 Cerita Aku

5 Kritikan


Satu pukulan hinggap dibadan gua. Gua mencuba membuka mate gua. Sedikit demi sedikat terlihat wajah emak gua dihadapan gua.

"Kau bile nak bangun ha? Kawan kau dah 15 minit tunggu kat bawah rumah tu. Tadi kate da bangun. Yang pegi tido balik tu sape suruh. Menyusahkan je budak bertuah ni". Mak gua membebel bebel dekat gua pada waktu itu.

"Eh eh, Man tido balik erk? Tak sedar la mak yang Man tertido. Sori la ye. Hehehee". Gua membalas balik kate kate mak gua itu sambil tersengih sengih.

Rupa rupanyer gua hanya bermimpi dibelasah Farid itu. Patut la gua tidak merasa sakit pada saat gua dipukul. Hanya menjadi lemah dan tak berdaya saja. Celaka nyer mimpi, berani mempermainkan gua time tido. Cam haram je.

Lantas gua segera mencuci muka dan bersiap untuk turun dan keluar.

"Hai cik abang, aku nie memang dilahirkan untuk tunggu kau kat bawah nie. Ayah aku dulu da pesan da time aku kecik. Nanti da besar, Farid kene jadi penunggu setia Azman tu. Jangan lupe ye. Hahahaaaa". Satu perlian keluar dari mulut Farid.

Celaka nyer Farid membahan gua dihadapan mak gua. Bagi gua kutukan itu amat pedih ditelan oleh halwa telinga gua tetapi disebabkan gua dah biase dengan itu semua. Maka kata kata itu diludah balik oleh telinga gua seperti gua tidak mendengar ape ape. Heheheee

"Korang nak pergi mane nie?" Mak gua tiba bersuara

"Diorang nak pergi joli la tu mak, diorang tu bukan betul pon. tak ley pakai nye diorang tu". Kedengaran suare Ain dari dapur.

Gua tersentak dengan kate kate itu. Farid hanya ketawa kecil sahaja mendengar. Gua syak Farid nie ade hati dengan adik gua nie. Tu pasal selame nie die cam tak kisah sangat kene kutuk dengan adik gua tu. Jikalau benar la begitu. Maka secara automatik nyer, Farid telah menjadi musuh gua sekali termasuk adik gua itu. Hahahahaaa.

"Ntah la mak cik. Jalan jalan kat KL je kot. Tak tau nak pegi mane". Farid memberikan jawapan kepada persoalan mak gua.

"Tak pe la cam tu, tapi jangan balik lewat sangat nanti, takot ayah Azman bising kat rumah ni nanti kalo anak nyer balik lewat". Pesan mak gua kepada Farid.

Memang ade betol nyer pesanan mak gua tu, ayah gua tu laen pesen sikit. Pantang sekali lihat anak anak nyer pulang lewat ke rumah. Kemungkinan besar untuk tali pinggang hinggap dibelakang badan adalah sangat sangat tinggi. Tapi, disebabkan sifat ayah gua yang garang itu, maka tercipta insan yang baek lagi prihatin disertaan dengan sifat penyayang seperti gua ini. Hahahaaa

"Okey la emak, Man gerak dulu. Bye mak". Gua berkate kate dan seterusnyer bersalaman dengan mak gua.

Tingkah laku gua turut diikuti oleh Farid dan kami segera bergerak ke kereta dan meneruskan perjalanan tanpa tujuan.

*****

#4 Cerita Aku

1 Kritikan


Pon pon ! Sebuah kereta Suzuki Swift kaler biru sedang membuat onar di depan pintu rumah gua. Membunyikan hon kereta sesuka hati seperti kali pertama menekan hon itu. Bunyi bising itu telah menggangu Pak Kassim jiran sebelah yang tengah menyiram pokok bunga.

“ Sape pula yang datang tengah ari nie? Ain, tengokkan sape yang datang tu?”. Mak gua bersuara.

“Farid datang mak”! Jerit Lina di depan pintu rumah.

“Farid ye, kau kejutkan abang ko yang tengah tido tu. Kate kawan die da sampai”. Mak gua berkate kate lagi.

“Woi budak pemalas, bangun bangun kawan kau yang giler cam kau tu dah datang”. Da tengah hari pon nak membuta lagi ke. Dasar lelaki pemalas”. Adik gua mengejutkan gua yang sedang lena diulit mimpi.
Sungguh tidak beradap cara die mengejutkan gua bangun dari tido. Die tak sedar ke gua nie lagi tua dari die. Kenapa la beliau bersikap begitu sesungguhnye gua tidak pernah menunjukkan sifat sifat seperti itu terhadap beliau. Mungkin ada, tapi mungkin tiada juga. Gua sudah lupe sume tu. Heheheee

“Yelar giler, aku bangun nie. Tak boley kejut elok elok ke perempuan? Perangai cam ape ntah, nyirap je aku dengan kau nie”. Suyh suyh. Ngaco je”. Balas gua dengan nada yang tak puas ati.

Amik kau perempuan. Padan muke kau. Tak pernah gua suke same kau. Kalo la kau bukan adik gua. Dah lame gua ikat kau pastu campak dalam parit. Kasi kau nanges sikit. Belajar erti penyesalan dan kehidupan yang ikhlas dari gua nie. Hahahaa.

Lantas gua bangun dan bersiap siap untuk turun ke bawah rumah.

"Awal kau sampai anak orang kaye. Janji pukul 12.30, tapi sampai 1.30 baru sampai. Nape tak sampai 12.30 malam je? Tu pon kul 12.30 kan. Memang kau nie melayu sejati la. Janji tentang mase selalu tak ditepati. Hahahahaa". Satu kejian yang sangat memukau telinga sesiape yang mendengarnye yang dapat gua kate kan pada mase itu.

Pada mase yang sama, burung burung berhenti berkicau, daun daun pokok terpakse berhenti bergoyang, langit gelap mule menghampiri kawasan perumahan gua, kilauan kilat memancar mancar dari luar rumah beserta dengan dengan bunyinya sekali.

"Azman !!" Farid bersuara keras

Tiba tiba..

Farid datang kepada gua, ditumbuk tumbuk nyer muke gua tanpa belas kasihan. Darah terpancut keluar dari hidung lalu gua diterajangi sehingga jatuh. Farid menggambil peluang itu dengan menendang nendang perut gua. Ketika itu baru gua tau erti penyesalan akibat salah cakap. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata, ini lah padah nyer.

Keadaan gua yang parah teruk dibelasah itu sedikit pon tidak dihiraukan oleh family gua. Emak, Ain beserta Lina seperti merelakan saja Farid memukul gua. Ya Allah, adakah semua ini memang gua patut terima. Mungkinkah hari ini gua akan bermalam di hospital. Gua sudah tidak mampu untuk melawan. Satu tumbukan padu tepat didada gua menyebabkan gua jadi tidak berdaya.

Gua semakin lemah, mate semakin tertutup sedikit demi sedikit. Kemudian gua nampak bayangan emak gua datang kepada gua. Tapi segala nyer kini tidak jelas. Darah membasahi muka gua. Gua dapat rasekan mak gua semakin hampir mendekati gua yang tak masih dibelasah oleh Farid itu.

Argghhhh !

Gua menjerit...

*****

#3 Cerita Aku

1 Kritikan


"Sayang? 013? Awek sape lak yang anta mesej mengarut nie. Tak kan pagi pagi pun ade orang nak troll gua".

Bisik gua sendirian. Gua da selalu sangat ditipu member member gua nie. Menyamar jadi perempuan pastu try nak ayat gua. Ingat gua nie jenis yang taksub sangat ke dapat mesej dari stranger. Memang gua tak percaye sangat la. Mengarut je sume tu. Hahahaaa

"Sape nie? Salah no ke?". Gua mereply mesej sesat tu.

"Bip bip". Telefon gua berbunyi lagi sepuh minit kemudian.

"Betul la sayang, tak salah no nie. Azman kan. Mane ley salah no orang famous dekat KL nie".

Mesej itu berbaur kutukan and gua tau sape pemilik no yang tak dikenali itu.

"Ko da giler ke Farid pagi pagi nie bersayang sayang dengan aku. Kaki nak?"

Gua membalas dengan nada yang agak celaka. Amik ko Farid. Satu pujian ikhlas dari gua kepada beliau. Farid memang terkenal dengan sikap celaka nyer. Walaupun celaka, die tetap menjadi pujaan para gadis gadis.

"Marah ke der, lek la. Jap lagi lepak luar nak? Mid ke, Pavi ke, Pejabat Plus ke, Tesco ke". Nanti aku datang rumah ko amik ko. Ko bukan de lesen pon nak drive. Loser sangat ko tu ha ! Hahahaaa ". Farid membalas balik.

Celaka nyer Farid mengutuk gua. Gua bukan tak nak ade lesen. Tapi JPJ tu yang tak nak kasi lesen kat gua. Gua terlanggar pasu je time ujian tu. Gua ngantuk sangat time tu sebab layan anime sampai pagi. Bukan sengaja pun nak langgar. Tu pon pegawai JPJ nak berkire. Ntah pape. Nyampah gua. Hahahaaa

"Kite lepak pejabat PLUS la. Mane tau lepas nie da tak payah bayar tol lagi. Kite try la ngorat orang penting situ. Pastu kite lepak Tesco, mane tau dapat barang free. Sape tau kan. Hahahaaa".

Amik ko Farid. Satu lawak bodoh yang gua dapat fikir di pagi ari.

"Ape ke bodo ko punyer cadangan ko tu ha Man. Nak tol free, nak barang free. Dasar kedekot. Perangai cam haram. 12.30 aku datang rumah ko. Siap cepat".

Satu lagi kutukan hinggap di muka gua. Farid nie bab mengutuk ngutuk orang memang teror. Kadang kadang, gua malas nak layan cerita giler die tu. Kesian gua tengok orang orang yang kene kutuk ngan die tu. Gua memang bersifat prihatin kan. Waa, sweet sangat gua nie. Hahahahaaa

"Orite ! ". Simple sahaja jawapan gua.

Gua tengok jam didinding. Pukul 12.00.

"Awal lagi. Ley la tido lagi nie." Bisik ati gua.

*****