Churp2

Friday, 2 March 2012

#2 Cerita Aku



“Isyh budak nie, katun je. Cite len tak de ke. Bosan r spongebob. Bukak astro ceria. Nak tengok Hagemaru”. Gua berkata kepada Lina yang baru berusia 4 tahun.

 “Abang pon same je. Katun katun, patut la muke cam katun, pastu tak ade orang nak. Uwekk”. Lantas die membalas kate kate  gua dan terus menjelirkan lidah.

Satu penghinaan yang cukup berharga gua terima dari budak kecil itu. Penghinaan itu membuatkan gua rase nak cubit cubit sahaje budak kecil itu. Percakapan nyer yang lancar menyebabkan die kelihatan lebih matang dari usia yang sebenar.

“Lina memang nak kene dengan abang erk. Tak sayang mulut erk kutuk abang. Nanti abang cubit, tau r. Pegi masuk bilik abang tengokkan fon abang. De mesej tak? Kalo tak ade biarkan and kalo de, bagi abang. Pergi cepat, suyh suyh”.

Gua memberi arahan berbaur perintah dekat adik gua itu. Budak itu tak boley dibagi muka sangat, nanti mengada lebey. Maklumlah, adik beradik de tiga sahaja dan die yang bongsu. Anak bongsu memang la mengada lebey. Bila gua kate memang tu, gua memang tak tipu. Heheheee

“Mak ! Da siap lom cekodok, nak makan, lapo nie”. Gua memanggil mak gua yang sedang asyik menggoreng cekodok di dapur.

“Dah siap da, amik la sendiri kat dapur. Makan je tau, masak tak nak. Lepas makan tido. Mane tak gemok nyer”.

Balas mak gua. Satu lagi penghinaan yang terlalu bagus untuk dihadam oley minda gua. Gua bukan gemok, Cuma buncit sikit je. Maklumlah, gua agak pemalas duduk dekat rumah nie. Sekali sekala, nak juga membuncitkan perut gua nie. Heheheee

“Abang ! Ade mesej. Lina menjerit dari dalam bilik gua

Jertian itu menghentikan kesedihan gua yang terasa akibat dikutuk oleh adik beserta mak gua. Apakah dose gua dikutuk pada pagi ini. Mungkinkah disebabkan gua telah menggigit telinga Taro semalam sehingga menyebabkan gua dikutuk pagi ini. Sungguh kasihan nasib gua ari ini.

“ Bawak sini cepat !” Jerit gua kepada Lina

Ati kembali berbunga bunga mengharapkan mesej dari perempuan perempuan comel.

“Ai sayang. Da bangun ke? Bekpez da?”

*****

1 comment:

wARa aINAa said...

awek manakah yg sedang ber-SMS itu?? hohoho... mengalahkan tuan besar jelah Azman ni.. adik yg umo 4 taon pun di buli.. ish3.. tapi TERbaik lah.. i like..>_<