Friday 2 March 2012

#1 Cerita Aku



"Man ! Bangun. Da lewat nak pegi kelas. Da pukul 10 pagi nie"

Jerit mak gua dari pintu dapur. Sambil memerhatikan Lina yang sedang khusyuk menonton spongebob. Diperhatikan kembali cekodok yang digorengnyer. Mane la tau sudah hangus dijilat api.

"Ape?! Da pukul 10. Aku da lewat aku da lewat. Pukul 11 nanti de kelas pulak".

Azman tersentak dengan jeritan mak nyer dan segera menyapai tuala dibelakang pintu dan segera meluru  ke pintu bilik air. Mimpi die yang sedang bermain ps2 dengan Taro, kucing peliharaan family nyer terus hilang dari ingatan dek kerana kekalutan di pagi ari. Setibanya dipintu bilik air, kedengaran suara air menandakan ade orang tengah mandi pada waktu itu.

"Ain ! Cepat la keluar, abang nak mandi nie. Da lewat nak pergi kelas".

Gua menjerit dengan nada bengang dekat adik gua tu kerana gua tau beliau memang suka membazir air kalo tengah mandi. Kalo tak setengah jam mandi. Itu bukan Ain la. Kalo la die hidup zaman dulu. Gua syak die mampu abiskan air dalam perigi tu dengan sekali mandi saje. Heheheee

" Kau apehal nak mandi gak nie, ko buang tebiat ke nak pegi kelas time cuti sem".

Balas adik gua dengan nada yang amat keras. Beliau amat pantang sekali mandinyer dikaco. Boleh lembik batu ditumbuknyer kalo tengah marah. Pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Seri Gading itu memang amat ganas sifat nyer. Tiada langsung ciri ciri keperempuanan dalam diri nyer. Merupakan juara taekwando peringkat kebangsaan tiga kali berturut turut menyebabkan gua berfikir 5,6 kali kalo mahu bergado dengan beliau. Heheheee

"Aduh, camne gua bole lupa yang gua tengah cuti ni. Tak sempat gua nak kalah kan Tora dalam mimpi tadi. Nie mesti keje mak gua nak troll kan gua suruh bangun pagi nie".

Merungut ati gua sendirian kerana telah berjaya ditipu oleh mak gua. Gua melihat muke mak gua. Diperhatikan betul betul riak wajah nyer. Sebuah senyum sinis yang ikhlas di pagi ari kelihatan di raut muke wanita 40 an itu.

"Dah dah, jangan nak bising bising pagi nie. Bilik air ade dua. Gune la yang lagi satu tu. Tu pun nak kene ajar ke".

Puan Diana segera menegur sikap anak anak nyer itu kerana dikhuatiri jika dibiarkan anak anak nyer berkelahi maka tungang langang la dapur tu dengan balingan periuk periuk belanga yang ikhlas dari kedua dua pihak. Beliau amat masak dengan sikap Azman dan Ain yang tidak pernah sefahaman dalam semua perkara  seperti anjing dengan kucing.

******

1 comment:

wARa aINAa said...

jalan cerita yang sempoi!!! best... so cool...:D