Churp2

Friday, 2 March 2012

#4 Cerita Aku



Pon pon ! Sebuah kereta Suzuki Swift kaler biru sedang membuat onar di depan pintu rumah gua. Membunyikan hon kereta sesuka hati seperti kali pertama menekan hon itu. Bunyi bising itu telah menggangu Pak Kassim jiran sebelah yang tengah menyiram pokok bunga.

“ Sape pula yang datang tengah ari nie? Ain, tengokkan sape yang datang tu?”. Mak gua bersuara.

“Farid datang mak”! Jerit Lina di depan pintu rumah.

“Farid ye, kau kejutkan abang ko yang tengah tido tu. Kate kawan die da sampai”. Mak gua berkate kate lagi.

“Woi budak pemalas, bangun bangun kawan kau yang giler cam kau tu dah datang”. Da tengah hari pon nak membuta lagi ke. Dasar lelaki pemalas”. Adik gua mengejutkan gua yang sedang lena diulit mimpi.
Sungguh tidak beradap cara die mengejutkan gua bangun dari tido. Die tak sedar ke gua nie lagi tua dari die. Kenapa la beliau bersikap begitu sesungguhnye gua tidak pernah menunjukkan sifat sifat seperti itu terhadap beliau. Mungkin ada, tapi mungkin tiada juga. Gua sudah lupe sume tu. Heheheee

“Yelar giler, aku bangun nie. Tak boley kejut elok elok ke perempuan? Perangai cam ape ntah, nyirap je aku dengan kau nie”. Suyh suyh. Ngaco je”. Balas gua dengan nada yang tak puas ati.

Amik kau perempuan. Padan muke kau. Tak pernah gua suke same kau. Kalo la kau bukan adik gua. Dah lame gua ikat kau pastu campak dalam parit. Kasi kau nanges sikit. Belajar erti penyesalan dan kehidupan yang ikhlas dari gua nie. Hahahaa.

Lantas gua bangun dan bersiap siap untuk turun ke bawah rumah.

"Awal kau sampai anak orang kaye. Janji pukul 12.30, tapi sampai 1.30 baru sampai. Nape tak sampai 12.30 malam je? Tu pon kul 12.30 kan. Memang kau nie melayu sejati la. Janji tentang mase selalu tak ditepati. Hahahahaa". Satu kejian yang sangat memukau telinga sesiape yang mendengarnye yang dapat gua kate kan pada mase itu.

Pada mase yang sama, burung burung berhenti berkicau, daun daun pokok terpakse berhenti bergoyang, langit gelap mule menghampiri kawasan perumahan gua, kilauan kilat memancar mancar dari luar rumah beserta dengan dengan bunyinya sekali.

"Azman !!" Farid bersuara keras

Tiba tiba..

Farid datang kepada gua, ditumbuk tumbuk nyer muke gua tanpa belas kasihan. Darah terpancut keluar dari hidung lalu gua diterajangi sehingga jatuh. Farid menggambil peluang itu dengan menendang nendang perut gua. Ketika itu baru gua tau erti penyesalan akibat salah cakap. Terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata, ini lah padah nyer.

Keadaan gua yang parah teruk dibelasah itu sedikit pon tidak dihiraukan oleh family gua. Emak, Ain beserta Lina seperti merelakan saja Farid memukul gua. Ya Allah, adakah semua ini memang gua patut terima. Mungkinkah hari ini gua akan bermalam di hospital. Gua sudah tidak mampu untuk melawan. Satu tumbukan padu tepat didada gua menyebabkan gua jadi tidak berdaya.

Gua semakin lemah, mate semakin tertutup sedikit demi sedikit. Kemudian gua nampak bayangan emak gua datang kepada gua. Tapi segala nyer kini tidak jelas. Darah membasahi muka gua. Gua dapat rasekan mak gua semakin hampir mendekati gua yang tak masih dibelasah oleh Farid itu.

Argghhhh !

Gua menjerit...

*****

1 comment:

wARa aINAa said...

ganasnya adik azman tu.. kejut org bangun macam kejutkan ape je.. ish3.. btw,, story yang boleh tahan.. sempoi+gud idea.. :)