Friday 2 March 2012

#3 Cerita Aku



"Sayang? 013? Awek sape lak yang anta mesej mengarut nie. Tak kan pagi pagi pun ade orang nak troll gua".

Bisik gua sendirian. Gua da selalu sangat ditipu member member gua nie. Menyamar jadi perempuan pastu try nak ayat gua. Ingat gua nie jenis yang taksub sangat ke dapat mesej dari stranger. Memang gua tak percaye sangat la. Mengarut je sume tu. Hahahaaa

"Sape nie? Salah no ke?". Gua mereply mesej sesat tu.

"Bip bip". Telefon gua berbunyi lagi sepuh minit kemudian.

"Betul la sayang, tak salah no nie. Azman kan. Mane ley salah no orang famous dekat KL nie".

Mesej itu berbaur kutukan and gua tau sape pemilik no yang tak dikenali itu.

"Ko da giler ke Farid pagi pagi nie bersayang sayang dengan aku. Kaki nak?"

Gua membalas dengan nada yang agak celaka. Amik ko Farid. Satu pujian ikhlas dari gua kepada beliau. Farid memang terkenal dengan sikap celaka nyer. Walaupun celaka, die tetap menjadi pujaan para gadis gadis.

"Marah ke der, lek la. Jap lagi lepak luar nak? Mid ke, Pavi ke, Pejabat Plus ke, Tesco ke". Nanti aku datang rumah ko amik ko. Ko bukan de lesen pon nak drive. Loser sangat ko tu ha ! Hahahaaa ". Farid membalas balik.

Celaka nyer Farid mengutuk gua. Gua bukan tak nak ade lesen. Tapi JPJ tu yang tak nak kasi lesen kat gua. Gua terlanggar pasu je time ujian tu. Gua ngantuk sangat time tu sebab layan anime sampai pagi. Bukan sengaja pun nak langgar. Tu pon pegawai JPJ nak berkire. Ntah pape. Nyampah gua. Hahahaaa

"Kite lepak pejabat PLUS la. Mane tau lepas nie da tak payah bayar tol lagi. Kite try la ngorat orang penting situ. Pastu kite lepak Tesco, mane tau dapat barang free. Sape tau kan. Hahahaaa".

Amik ko Farid. Satu lawak bodoh yang gua dapat fikir di pagi ari.

"Ape ke bodo ko punyer cadangan ko tu ha Man. Nak tol free, nak barang free. Dasar kedekot. Perangai cam haram. 12.30 aku datang rumah ko. Siap cepat".

Satu lagi kutukan hinggap di muka gua. Farid nie bab mengutuk ngutuk orang memang teror. Kadang kadang, gua malas nak layan cerita giler die tu. Kesian gua tengok orang orang yang kene kutuk ngan die tu. Gua memang bersifat prihatin kan. Waa, sweet sangat gua nie. Hahahahaaa

"Orite ! ". Simple sahaja jawapan gua.

Gua tengok jam didinding. Pukul 12.00.

"Awal lagi. Ley la tido lagi nie." Bisik ati gua.

*****

1 comment:

wARa aINAa said...

hahaha.. best3... erk!langgar pasu eak.. ish3.. nasib langgar pasu je.. buatnya langgar org,, lagi haru jadinya tu.. hohoho:p