Monday 26 March 2012

#6 Cerita Aku



Dalam perjalanan tanpa hala tuju itu, gua hanya memerhatikan jalan jalan dan kenderaan kenderaan yang berada di atas jalan itu sahaja. Sungguh pantas kenderaan kenderaan itu bergerak. Kelihatan pada masa itu semua kenderaan sedang kelewatan untuk ke tempat kerja. Gua yang terasa giler bosan itu cuba memulakan perbualan dengan Farid.

"Weyh, kite nak pergi mane nie"? Gua memulakan pertanyaan.

"Entah la, aku pun tak tahu nak pergi mane. Nak lepak Pavi nanti meluat pulak aku tengah budak budak bodoh dengan pakaian pakaian bodoh diorang tu. Kalo la aku boley lempang sorang sorang, dah lame aku buat. Hahahahahaaa". Ikhlas kutukan yang Farid berikan.

"Betul gak tu, budaya sesat. Siap ngan sayap sayap lagi tu. Fesyen dah macam ape entah, dah sesat sangat tu aku tengok. Menyirap giler. Dah tu nak lepak mane je"? Gua memberikan persoalan lagi.

Suasana di dalam kereta terdiam seketika. Radio yang sedang mendendangkan lagu Kosong dari Najwa Latif turut menjadi perlahan seperti memahami situasi yang sedang dihadapi. Saat itu juga la fikiran gua menjadi kosong kerana perjalanan tanpa hala tuju memang tidak menarik bersama seorang lagi lelaki tanpa kehadiran perempuan. Kelihatan seperti pasangan gay sahaja berduaan di dalam kereta ketika itu. Celaka sungguh.

Tiba tiba langit yang kelihatan cerah tadi mula menjadi gelap gelita menunjukkan hujan akan turun dalam mase terdekat. Mengikut perkiraan gua, kemungkinan besar hujan akan turun dengan lebat selebatnye dalam mase tiga minit lagi. Seperti yang gua jangkakan, hujan mulai turun selepas tiga minit kemudian dan keadaan jalan mule menjadi kabur dan tidak jelas.

Farid yang pada mula nyer membawa kereta dengan laju, terpaksa memperlahankan kenderaan suzuki swift milik bapa nyer itu. Dikhuatiri jika terbabit dengan kemalangan, dia akan disepak sepak dan dilempang lempang oleh ayah beliau yang terkenal dengan sikap tegas nyer itu. Itulah balasan jika tidak mahu mendengar nasihat orang tua supaya berhati hati ketika memandu.

"Jom makan, aku lapar giler la. Pagi tadi lupa lunch. Rumah aku pagi tadi tak ade sesiapa, sume keluar. Tu pasal aku ajak kau keluar nie. Bosan duduk umah sorang sorang tadi". Farid berkata kata.

"Aku okey je, tapi kalo la kau belanja aku makan, aku lagi lagi la okey. Heheheheheee". Gua mula memancing kawan gua supaya membelanja gua.

"Tak de hal la. Member punya pasal, aku belanja kau la kali nie. Lagipun bukan selalu kite lepak same kan. Minggu depan masing masing dah start nak masuk U balik. Kau dekat Johor, aku lak dekat Shah Alam". Farid menjelaskan dengan panjang lebar.

Farid telah mengingatkan gua tentang U gua yang telah memperuntukkan sekurang kurang nyer lapan assignment untuk dihantar pada hari pertama kuliah bermula. Mengingati assignment assignment itu membuatkan gua punye punggung gatal gatal kerana sejak berada di rumah seminggu yang lalu, gua tidak  pernah langsung melihat assignment assignment itu. Lihat pun tidak, apatah lagi untuk membuat nyer. Memang tidak akan siap la assignment assignment itu.

Ketika sampai di Restoran Kamil, kelihatan dua orang perempuan kebasahan sedang berlindung di bawah bumbung Restoran Kamil. Kedua dua nyer free hair dan mempunyai body yang menarik juga. Gua yang melihat mereka dari arah belakang turut merase tertarik.

"Farid Farid, kau tengok perempuan kat dalam tu, body boley tahan kan. Dua orang lak tu. Jom ajak makan, mane tau ley dapat nombor telefon lepas nie". Gua memberikan cadangan kepada Farid.

"Betul gak, tadi aku dah usha kejap. Boley tahan gak muke diorang. Jom la ajak diorang makan sama sekali". Farid turut mengiyakan cadangan gua.

Lantas, kami berdua turun dan menghampiri perempuan perempuan itu

*****

3 comments:

wARa aINAa said...

hhahahha.. best3! terbaiklah.. apelah,, syok sangat cuti,, sampai assigment pon tak buat.. ish3.. elakkanye..:) menanti next chapter ni...>_<

✿INA AINAA✿ said...

ala ade smbungan ke??? best2... awwwww

eltamaz elmithaly said...



شركة تاج لتنظيف المنازل بالدمام 0551844053 وتسليك المجارى وتنظيف البيارات وتنظيف المجالس
والكنب وتنظيف المفروشات وكافة الخدمات المنزلية المتعلقة بتنظيف المنزل


شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة رش مبيدات بالدمام
شركة مكافحة النمل والصراصير بالدمام
شركة مكافحة الحمام بالدمام والخبر
شركة رش دفان بالدمام
شركة المثالية لمكافحة الحشرات بالدمام
شركة مكافحة النمل الابيض بالدمام
شركة تنظيف مجالس بالجبيل
شركة كشف تسربات المياه بالجبيل
شركة تنظيف منازل بالنعيرية